aku dan kenangan

Assalamualaikum teman-teman

kadang-kadang kita menunggu dan menghitung setiap detik untuk melangkah ke depan mencari sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan..

Langkah kita diatur setapak demi setapak dan ada
kalanya berlari pantas meninggalkan bekas lengkuk tanpa cuba untuk menoleh ke belakang atau berpatah kembali..

Selangkah kita melangkah, ada sesuatu
yang menunggu di depan.. ada kalanya di situ ada sesuatu yang kita impi dan harapkan..namun kadang-kadang kita lupa, setiap langkah yang sudah jauh ke depan, kita telah meningalkan sesuatu yang sebenarnya amat bermakna dan kita akan merinduinya di satu saat. paling pasti, ia akan menjadi memori indah yang akan dikenang dan tidak akan berulang.

Friday, November 14, 2008

Lagu Dikir tentang kampungku

Derita kampungku

penyanyi :Halim Yazid

video

saya nk oyak cerita sebuah kg d ulu kelate,
ado sepuok manusia duduk jauh nuh dale hute,
60km dr bndr g.muse

tmpt xlh nk masuk keta,
terutama nyo musim huje..


Saya nak beritahu cerita sebuah kampung di hulu Kelantan
ada sekelompok manusia tinggal jauh nun di dalam hutan
60km dari Bandar Gua Musang
tempat yang tidak boleh dimasuki kereta
terutamanya ketika musim hujan

jale nk g ni gak pyoh telajok
make hr la nk nyapa jgok,
kane kiri bukit tggi pulok,
tupe mimpi sewo lori balok...


Jalan hendak ke sana terlalu sukar
memakan masa seharian untuk sampai
kanak dan kiri berbukit tinggi
Tumpang naiki lori balak

kg sunyi d tepi sungai dikeliling hute tebal,
disini pitih x terbakar xdok lg ore buko kdai,
pete hr bulih la dgr kakoh nyanyi beramai2,
sapo brani bkecek besar xdea sari beruk dan rima..


Kampung sunyi di tepi sungai dikelilingi hutan tebal
di sini duit tidak berduna sebab tiada kedai dibuka
petang=petang boleh dengan sekumpulan mawas menyanyi
Siapa berani bercakap besar pasti terserempak dengan harimau

kg ambo begitu lalu
kg sayo la klu nk tahu
kg namo lebir 1
kg kisoh hidup ore melayu..


Kampung saya begitulah keadaannya
Kampung saya kalau nak tahu
Kampung nama Lebir satu
Kampung yang menyingkap kesusahan hidup orang melayu

ini kg tanah rancangan
dibuka thn 80-an
ai terkisoh ikut perancangan
cukup rukuk plan pembangunan


Kampung ini sebuah tanah rancangan
dibuka sekitar tahun 80-an
pembukannya itu rancangan pembangunan
cukup segala rancangan pembangunan

silat gayung pn biso langkoh,
nasib x untung badan x bertuah
silap hitung pilih jale saloh
kito tggung sgala susoh.


Silap gayong pun biasa melangkah
nasaib tak untung badan tidak bertuah
silap hintung pilih jalan salah
kita terpaksa tanggung segala kesusahan

kg sy duk tgh hute
sapa blo nk xdok jale
puah sekso doh musim huje
selut ado sakat pingge..


kampung saya berada di tengah hutan
sampai bila terus dengan tiada jalan sempurna
terpaksa menanggung kesusahan terutama ketika musim hujan
selut atas jalan sehingga paras pinggang

penoh dlu ado sore ngandung,
sakit perut nk wak g spital
trun bkt lekat dale cerun,p
akat branok dale lah limoba...

pernah dahulu ada seorang ibu mengandung
sakit perut nak bawa ke hospital
turun bukit kenderaan terjatuh dalam cerun
sehingga terberanak dalam land rover (4x4)

ank skoloh duk asrama
nak kelik payoh ja;e x sapa
apo susoh paka naik la lori pok getoh

hilux biar sapa

Anak sekolah tinggal di asrama
Hedak balik susah, jalan kaki tak sampai
Apa susah boleh naik lori angkut sekerap getah
atau hilux(4x4) asalkan sampai

tgh jale kno tdo smeta
bnjir hute hnyut balak besar
jmbatn abih rutuh getar
xsoh bimbe luso gak kito sapa


dalam perjalanan kadang-kadang kena bermalam
sungai melimpah menghanyutkan balak-balak besar
Jambatan habis runtuh lantainya
tak perlu bimbang esok lusa boleh sampai

apo susoh xdok lesen api
nk wi ceroh bulih wak sdiri
kerat getoh kerat bakar dale bledi
bnda mudoh bnda plok free

Apa yang nak disusahkan tiada lampu elektrik
nak bagi cerah boleh buat sendiri
kerat sekerap getah bakar dalam baldi
benda muda dan percuma

apo here xdok air paip
air sngai dale bulih paka ambi
linte puke pikol tungeng terbalik
sunku sembe lidah jd ralit..

Apa nak hairan tiada air paip
Air sungai yang dalam boleh ambil
Lintang pukang pikul air tunggang terbalik
bertungkus lumus sudah jadi kebiasaan


tue2 huk duk bandar
mrla jale la klu nk knal
ado pluwe msk la cik smeta
slamat dtg slamat la bersabar..


kKpada mereka yang tinggal di bandar
Marilah bertandang kalau mahu kenal
Ada peluang singgah lah sebentar
Selamat dan dan selamat bersabar

bulih crila cro la dale peta
tkut cemar kaki naik helikoptor
klu mri cik jange lupo
bwk skli la pemimpin kito.


Boleh cari tapi tiada dalam peta
Kalau takut kotor kaki naik helikopter
Kalau datang jangan terlupa
Bawa bersama pemimpin-pemimpin kita

puwah mmikir puwah doh bekiro,
ore lebir lalu berkato
ai tok wokil mrla kito
gilir pulok jd kayo.....


Puas memikirkan puas juga berkira-kira
Orang Lebir selalu berkata
Hai Tok Wakilmarilah kita
bergilir menikmati kesenangan

segala yang tergambar dalam bait-bait lirik lagu ini..begitulah yang aku lalui bagaimanapun kita penduduknya sudah senang kecuali masalah jalannya yang tidak selesai-selesai.

p/s : tersalah pilih wakil rakyat dan ahli parlimen yang hampeh
Tok Wakil hampihhhhhhhhhh
(road to lebir)
http://www.youtube.com/watch?v=t5lVuzToYjY






Thursday, November 13, 2008

Isu video kematian di sekolah

"Allahuakhbar," itu respon pertama aku apabila ada ibubapa mempertikaikan usaha pihak sekolah memaparkan video berhubung alam kubur bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang azab siksa akibat tidak bersembahyang.
Aku terfikir adakah ibu dan bapa pelajar (yang muncul dalam Buletin Utama baru-baru ini) tidak mahu anak-anaknya rajin bersembahyang atau ada cara lain yang lebih baik untuk membawa anak-anak bersujud menyembah Allah yang Esa? Mungkin ada, namun sejauh mana keberkesanannya dan apakah cara (yang difikirkan terbaik itu) benar-benar berkesan?.
Dalam soal ini aku percaya pemahaman setiap individu berbeza namun bila memperkatakan tentang mendidik anak bersembahyang, sebagai ibubapa kita perlu sedar akan tanggungjawap masing-masing membawa anak-anak ke jalan sebenar sebagai Umat Islam..
Mendidik anak menjadi muslim bukan ada tempoh waktunya atau boleh ditangguhkan hingga anak itu berada pada usia tertentu..selepas bayi dilahirkan disusuli dengan azan(anak lelaki) dan Qamah bagi bayi perempuan, tujuannya supaya permulaan kehidupan bayi itu disambut dengan kelimat suci sekali gus tanda mereka lahir dalam kelompok umat Islam.
Itu pendidikan pertama yang diberikan walaupun secara tidak langsung. Bermula dari situ peranan ibu bapa dituntut membimbing anak-anak ini menjadi seorang muslim secara melalui didikan secara berperingkat.
Berbalik kepada isu penayangan video kematian di sekolah...aku bertanya kepada diriku sendiri. Hari ini berapa banyak paparan di televisyen atau sebarang paparan yang boleh menjadi iktibar atau menimbulkan keinsafan kepada generasi muda untuk mendekati Allah di atas tikar sembahyang?
Kalau ada satu yang diusahakan oleh pihak sekolah untuk satu tujuan yang murni, ada pula ibu bapa yang mempertikaikannya dengan pelbagai alasan yang mengambarkan ibubapa itu sendiri tidak serius mendidik anaknya menjadi muslim sejati. Di mana silapnya atau ini sudah menjadi lumrah dalam dunia moden hari ini (tiada paksaan). Satu demi satu kenyataan tokoh tertentu dipaparkan di akhbar-akhbar, ada yang tidak berstuju malah tidak kurang yang menyokong penayangan itu diberhentikan. Pandang berhubung isu ini tidak dinafikan terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai baik buruknya tapi...
Kenapa kita tidak mempersoalkan Akademi Fantasia yang kononnya melahirkan artis terkenal diminati ramai ? Artis (ada pendapat kata pekerjaan ini haram), tapi tiap-tiap hari pasti ada pihak yang terus berjuang melahirkan bakat baru dalam bidang nyanyia sekali gus menjadi idola kepada muda mudi hingga mereka terlalai untuk mengingati tuhannya..
Tak cukup dengan Malaysia Idol, Gang Starz, Mentor,Bintang RTM bagi golongan remaja hingga bangka, anak-anak kecil yang terlalu mentah dalam rencah kehidupan turut ditarik dalam dunia melalaikan termasuk Bintang Kecil dan beberapa program realiti untuk mencungkil bakat si cilik ini. Berdasarkan senario demikian aku percaya lebih 60 peratus ibubapa hari ini lebih suka anak-anak menjadi artis daripada menjadi ustaz, tafiz atau insan yang berpegang kepada ajaran agama....Nauzubillah.
Aku mengurut dada melihat beberapa rancangan kanak-kanak yang diterbitkan sebuah syarikat televisyen berbayar, anak-anak dipakaikan pakaian yang aku kira tidak sesuai dengan usia mereka (dengan izin ibu bapa aku kira) dan melayan telatah pengacara popular (macam sotong liat) dengan satu dua soalan yang langsung tidak sesuai kepada kanak-kanak...ada tanya, dah ada makwe, pak we dan macam-macam...
Lepas tu mak bapak yang kononnya bangga dengan bakat nyanyian anak-anak membenarkan mereka menyanyi dengan lagu-lagu orang dewasa sehingga filling habis...bangga anak ada harapan jadi artis......
Video alam kematian dibantah tapi klip video karoke aku kira ada ibu bapa sanggup membelinya untuk memberi pendedahan kepada anak-anak mereka bidang nyanyian dan mak bapak tumpang sekaki berkaroke sebagai tanda sokongan kepada minat anak-anak....Allahuakhbar.
Anak tak mahu sembahyang tak apa...mereka kecik lagi....tak boleh tengok video alam kubur menakutkan, tak sesuai dengan usia yang masih mentah dan bermacam alasan.
Ada baiknya kita renung pepatah ini, kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya...Bermaksudnya kalau dah jadi batang buluh baru nak dilentur, silap hari bulan terbidas ke muka mak bapak yang terkial-kial mengajar anak-anak mengenal tuhan (malah mereka sendiri mungkin sudah jauh dengan tuhan)
Bila tiada didikan agama di peringkat awal, anak akan membesar dalam persekitaran yang melalaikan (terlalu banyak hiburan) makan jangan salahkan orang lain tapi tanya diri sendiri kenapa anak aku jadi bohsia, bohjan, mat rempit, pemabuk, black metal, lari dari rumah, main jantan atau betina, murtad, dan sebarang masalah sosial yang menjauhkan mereka dengan ajaran agama Islam.
Kerajaan juga dipertanggungjawapkan kerana terlalu tunduk dengan sedikit desakan sehingga mematahkan semangat para pendidik untuk membimbing anak-anak hari ini ke jalan yang diredhai Allah.
p/s...dunia akhir zaman

Tuesday, November 11, 2008

Kelam Kabut

11 Nov 2008, selasa

Dah lama sangat tak up date laman blog ni so hari ni aku nak tulis sikit tentang rutin harianku sebagai reporter untuk hari ini ....kelam kabut dan memenatkan sehingga terbabas date line yg sepatutnya jam 5pm. Hari ni pergi kerja cam biasa jam 7.50am dan sempat bersarapan nasi berlauk dengan teh tarik kat warung dekat simpang masuk ke rumah. Sampai ofis jam 8.15 dan macam biasa belek semua paper (Utusan, The Star, Metro dan tidak terkecuali Sinar Harian). Setakat jam jam 9.30am keadaan macam biasa seperti selalunya.
9.45 ketua reporter call kata ada orang jumpa dan nak tangkap buaya kat Kampung Sungai Isap so aku yang on the way ke mahkamah terpaksa menukar haluan ke Sungai Isap melalui Jalan Kuantan-Bypss..sampai tempat lokasi penemuan buaya tembaga ..dimaklumkan binatang tu dah masuk ke dalam sungai selepas 2 jam berjemur.

"Biasalah benda hidup,"kata aku kepada abang yang jumpa buaya tu..namanya Ramlan Mat.

Lepas tanya ttg buaya tu lebih kurang dan beberapa keping gambar berkaitan diambil, aku minta diri untuk tugasan seterusnya...keadaan masih macam biasa tapi aku dah terlewat ke mahkamah sbb jam ketika tu dah tunjuk pukul 10.40am.

Jam 11am, aku hanya melewati perkarangan mahkamah...sekilas tengok suasana mahkamah dah dapat jangka tiada kes menarik ketika itu so aku terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)Pahang untuk mendapatkan story2 crime seluruh Pahang untuk tempoh semalam......

Aku dan beberapa rakan wartawan disambut dengan "no news is a good news" oleh Supt Mohd Haris..aku cuba korek kot2 ada story best tapi nasib kurang baik...Pahang bebas jenayah besar semalam...cuma ada kes biasa yang dah terlalu koman...masih macam biasa lagi. Naik tingkat 5 dapat satu kes kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal.

So aku ajak Auyong( awek gengster Sin Ciew Daily ) back to court and minum jap kat cafe belakang mahkamah hingga jam 12.30pm. lepas borak-borak aku blah dan lepak pulak kat pejabat polis mahkamah...

"Hari ni ada beberapa kes baru termasuk kes 39B ADB 1952,"kata Abang Man so aku tersenyum sbb hari ni ada juga story nak tulis..kerja senang..aku dapatkan charge sheet kes kat Azmi dan satu lagi kes kat APP Svetlana...masih macam biasa lagi

Sehinggalah Jaafar dari Mahkamah Majistret Kuantan 2 bagi tahu ada satu juvana kena tuduh dan mengaku bersalah rogol adiknya...Abang Aziz dari Mahkamah Sesyen pulak bagi tahu bapak budak tu kena tuduh juga kat mahkamah tu jam 2.30 petang dibawah Seksyen 376(3) KK yang memeperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 20 sebatan....story best tapi kalau dah 2.30 petang, itu dah menjadi luar daripada kebiasaan sbb time2 gini aku dah mula mengetuk story kat ofis.

Malas nak balik ofis, sementara tunggu jam 2.30 am, aku singgah solat Zohor kat Masjid Negeri dan makan kat warung belakang JAIP sebelum datang semua ke Mahkamah Sesyen...kebetulan Kak Ros (The Star) and Mahadir (Utusan) datang selepas aku khabarkan tentang kes tu (malas nak scope)...diikuti kehadiran Asmaidi(NST) Zattee (Metro) dan Auyong serta Zul Manzor (Utusan).

2.30 pm....tunggu punya tunggu kes jalan jam 3 lebih...alamak lewatnya...satu story aku belum tulis lagi...dah mula luar dari kebiasaan.....berada dalam mahkamah dalam keadaan mengantuk namun sbb kes petang tu serius aku tertarik mengikuti perkembangannya.

Jam 4.30 mahkamah jatuh hukum kat haruan makan anak tu dengan hukuman berat iaitu penjara 51 tahun dengan 40 sebatang bagi dua tuduhan yang dihadapi lepas mengaku bersalah....musnah hidup mamat tu...aku terpikir kehidupan perit yang akan dilaluinya hanya kerana nikmat seks dengan anak sendiri sebanyak dua kali.

jam 5pm aku baru keluar mahkamah sedangkan waktu begitu aku dah boleh layan astro kat ofis sementara nak balik jam 6am...aku mula kelam kabut memikirkan tugasan untuk hari itu belum diselesaikan lagi....Aku balik ofis..Dalam kereta rakan setugas call ada satu kes pembunuhan kat Taman Sungai Karang Maju tak jauh dari rumah aku... aku dah flat ptg tu so minta asst. ketua reporter call member reporter lain kalau2 depa ada maklumat....

Sbb story mahkamah nak pakai N1, aku terpaksa selesaikan stori itu dahulu manakala kes bunuh tu aku ambil daripada reporter lain dan sedikit maklumat dari polis hanya melalui telefon..

ketuk punya ketuk story....aku baru sedar jam dan 8.30pm...alamak terlupa sembahyang maghrib.....so hari ni aku balik jam 8.40pm


p/s : anak call minta belikan belon

Tuesday, October 28, 2008

HARI DEEPAVALI

27 OKT 2008, SAMBUTAN HARI DEEPAVALI
Selepas satu assigment di Dewan JAIP selesai, aku dan zul (kiri)
bertandang ke rumah salah seorang rakan reporter, Nandakumar
(yg sdg hulur kuih tu) bersamai-sama meraikan Deepavali.

So for okay jugak sbb famili diaorang quit friendly dan sporting
menyambut tetamu yang bertandang.

Selain tu aku juga kekenyangan apabila dijamu nasi briani KAMBING
yang menjadi favorite aku

Posted by Picasa

Sunday, October 5, 2008

Melayu lagikah kita?

Melayu lagikah kita?

satu soalan untuk aku dan kita yang dilahirkan berbangsa Melayu
siapa yang menentukan kita ini Melayu atau tidak?
Adakah diantara kita yang ni sanggup mengaku mereka bukan Melayu?
Mungkin ada..tapi bagaimana dengan wajah mereka yang nampak mereka Melayu?
Aku mengaku berbangsa Melayu kerana;
Ibubapaku Melayu
Masih bertutur dalam bahasa Melayu
Namaku juga nama Melayu
Cukupkah semua itu membuktikan kita Melayu jika:

semakin ramai yang lebih selesa dipanggil Boboy, Jack, Elly, Nikki
malah ada juga yang bangga dipanggil Christ mahupun Mary,

Lebih selesa berbahasa Inggeris dan malu berbahasa Melayu
walaupun 'speaking London' bunyi lebih kurang bunyi itik lepas mengawan
menganggungkan budaya barat sehingga ada yang menjadikan kiblat hidup
bangga berrlakikan atau berbinikan Mat Salleh walaupun pasangan mereka itu dah kena reject kat negara masing-masing.
sanggup menjatuhkan bahasa sendiri dan mengangkat bahasa lain kononnya lebih standard dan bahasa ilmu

...bersambung

Saturday, October 4, 2008

"Papa, kenapa rumah kita ada Cina datang?

"Papa, kenapa rumah kita ada orang cina datang?"tanya puteri sulungku, Sofea selepas dua rakan berbangsa Cina, Wai Wai (China Press) dan Siew Ting (Nanyang Siang Pau) datang bertandang ke rumah jam 12 tengah hari adilfitri lalu.

"Mereka kawan papa dan kakak (panggilan untuk anak sulungku) kena bersalam dengan mereka sama dengan tetamu yang lain seperti yang papa ajarkan,"jelasku.

"kakak malu la..lagipun kakak tak tahu cakap Cina,"jawapnya sepontan. Aku faham situasinya ketika itu yang agak keliru dengan kehadiran tetamu berbangsa lain. Aku mengajak Sofea menemui dua rakanku itu dan memintanya bersalaman.

"Selamat Hari Raya,"ucap Wai Wai sambil mengusap kepala Sofea yang agak serabai selepas membuka tudungnya. Ternyata sofea selesa dengan reaksi mereka berdua walaupun jelas mengambarkan perasaan malunya.

"Selamat Hari Raya, kakak ni kawan papa ke?" jawap sofea disusuli satu soalan yang sememangnya dia inginkan jawapan. Aku pasti lebih banyak soalan akan diajukan Sofea kepada mereka berdua bila dia mula selesa dengan dua tetamu itu.

Jangkaan aku tepat, maka Wai Wai dan Siew Ting terpaksa menjawap soalan-soalan yang ada kalanya agak cepu mas.

"kakak tak raye ke.. sofea tengok kakak tak pakai baju raya pun tapi pakai skit pendek nampak paha,eeeee tak mau!!!!!!!!" ADUH MALU AKU SEKETIKA.

walau apa pun, aku faham sikap kanak-kanak yang masih dalam proses pembelajaran tentang kehidupan ini..dan mereka mahukan jawapan yang benar-benar memuaskan hati.

"kakak datang untuk beraya bersama-sama keluarga sofea sebab papa (aku) kawan baik kami. sebagai kawan, kita kenal saling kunjung mengunjungi...kakak tak ada baju raya secantik sofea, tapi kakak suka tengok sofea dan adik yang cantik memakai baju raya ni.."kata salah seorang daripadsa mereka.

Sofea mula dapat menerima dan selesa dengankehadiran tetamu yang baginya 'tak sama macam kita' itu.

selepas mereka pulang, anakku datang menghampiri dengan satu kesimpulan,

"Papa, kakak suka kawan papa tadi, mereka berdua baik dan kata kakak baik. Mereka kan Cina tapi tak cakap cina. mereka suka kuih mama buat........

"Kita best kan papa, rumah orang lain Cina tak datang tapi rumah kita ada Cinaaaaaaaaaaaaaaaaaa,"kata Sofea dengan satu soalan ringkas, lepas ni ada cina nak datang lagi ke rumah kita, aku mengangguk.

selang setengah jam, Lee (Sin Chew) dan keluarga, Wong, Alagesh, Chu datang bersama buah tangan masing-masing...Sofea menjadi penyambut tetamu dan ada bersama-sama kami sepanjang kunjungan rakan-rakanku itu.

lewat petang, Simon Khoo dari The Star bersama keluarga datang......

Kita adalah rakyat Malaysia dan jangan biarkan politik busuk hari ini merobek keharmonian yang terjalin antara kaum-kaum di negara ini. Kadang kala hubungan yang terjalin dengan bangsa lain lebih erat ikatannya bangsa sendiri yang banyak 'gunting dalam lipatan'.

p/s , Sofea mula mengerti maksud Masyarakat Majmuk dan bermula detik itu akan diajukan pelbagai soalan termasuk,

"Cina tu apa papa?"

sebahagian rakan yang datang berhari raya.



dari kiri, Alagesh, Chu, Lee dan keluarga dan tuan rumah

sms ucapan raya

"Selamat Hari Raya" from Siew Chin

"Salam Aidilfitri, maaf zahir batin" dari Mohamad Hisyam Abdul Rahim, Haranay Hisyam, Anikah& Co"

"Satu lebaran menjelang tiba,takbir bergema mengegar jiwa,sekiranya ada salah dan dosa
ampun dipinta dihari yang mulia, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN" dari Zam

"saye nk bekias x pande..nak bepantun pn x pande gak..trus trang je le..sekamat hari rayo wak!"from adlie

"klu dilipek sebosa kuku, dibontang sebosa alam, kok hilang dicaghi, hanyut dipinteh, jauh dihimbau, dekat digamit, sejombak kato dogup bicaro,Selamat hari rayo" from Deris

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga segala amal diberkati Ilahi,"Tuan Basir, IPK Pahang

"setahun berlalu sekelip mata, suka duka salih berganti, setulus hati kemaafan dipinta, moga Aidilfitri lebih bererti...salam aidilfitri, maaf zahir dan batin,"Alia

"selamat hari raya buat awak sekeluarga,"TPP Svetlana sekeluarga

"Assalamualaikum pembuka bicara, salam aidilfitri ampun dipinta,di bulan baik ampunkan dosa,semoga silaturahim berkekalan sentiasa, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin," Supt Zaini Jass

"Selamat hari raya moga amal ibadat diterima dan berbahagia hendaknya" Roslan Mahkamah

"Jika kesilapan semalam belum terampun..maafkanlah, jika kesilap[an hari ini menyakitkan hati....lupakanlah, jika kesilapan esok...jangan dibawa hingga ke akhirat,mata kadang-kadang salah melihat, mulut kekadang salah berucap, hati kekadang salah menduga, andainya jari tak berkuasa berjabatkata masih dapat diucap, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir batin," dari Seni Blues, sekeluarga (isuzu hicom, kuantan)

"Selamat hari raya," Auyong

"Salam edulfitri, setulus ikhlas daripada kami, maaf zahir dan batin,"dari Amir & Yumi sekeluarga,Homework studio

"hey ular, selamat ari raya, heh," ayam man

"Selamat hari raya aidilfitri, takbir bergema salih berganti, mohon maaf ungkapan dihati," Ustaz Arief Cakra Alam, sekeluarga

"Satu syawal menjelang tiba, takbir bergema mengegar jiwa,sekiranya ada sal;ah dan dosa, ampun dipinta di hari yang mulia, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,"Francis Wu

"selamat hari raya, maaf zahir dan batin,"koley

"Sawaddekap!!!!pon mai put alai na kap mai ko ping pon pai samprokkhun dai tirakalai noi kap, malai put chan rat, SELAMAT HARI rAYA,knop khun kapp,"atirah utusan

"seribu senyuman belum tentu menawan hati, satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata, maaf atas ketelanjuran tingkah dan kata andainya menguris hati, SALAM AIDILFITRI," Ayu sekeluarga.

"tak semua yang kita lihat itu indah, tak semua yang kita dengar itu benar,tak semua yang kita ucap itu nyata, tak seorang pun lepas berbuat dosa, minal aidil wal fadizin, maaf zahir batin,"Own

'satu syawal menjelang tiba, gema takbir mengegar jiwa, sekiranya ada silap dan dosa, ampun dipinta di hari mulia, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin," Simon Khoo

"salam lebaran diucapkan, salah silap maaf dipunta," tulus ikhlas dari Shahnol , effa dan Damia

"selamatr hari raya aidilfitri,"Lee

"tangan ku hulur tak kesampaian, senyum ku ukir tak kelihatan, sms ku kirim tanda ingatan, di aidilfitri kita bermaafan, selamat hari rayer, maaf zahir batin,"zulkhairil sekeluarga

"crazy frog naik skuter, jalan2 pusing koter, kena tahan buat selamba, tanya lesen kata tak der, dendan ikhlas hati nak kate, selamat hari raya,"0199898920

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin, "Nuat








Friday, October 3, 2008

Pose Raya













KENANGAN DI HARI RAYA

Aku beraya di sini (Kampung Sungai Karang Darat, Beserah, Kuantan) bersama keluarga isteri tahun ini memandangan dua tahun sudah kami beraya di lebir Gua Musang.Walaupun tahun ni rasa kurang seronok sikit tapi apa kan daya, aku perlu berlaku adil untuk isteriku yang ingin merasai berhari raya bersama keluarganya tercinta.

dalam kegembiraan yang mungkin nampak pada luaran itu, kami sempat merakam sebahagian detik bersama keluarga di hari lebaran.

belakang dari kiri, mira, keri, hisham, eda, aku
tengah dari kiri- Yen, bapa dan mak mertua(din & Yah)
depan, erlysha, haziq, sofea and my wife

my family

bergambar bersama isteri dan anak-anak
keri & mira


Hisham & Eda





Thursday, October 2, 2008

HARI RAYA AIDILFITRI

TARIKH : 30 RAMADAN -1 sYAWAL 1429 HIJRAH bersamaan 30 SEPTEMBER-1 OKTOBER 2008
lOKASI :RUMAH MAK MERTUA MERANGKAP RUMAH AKU JUGA DI kAMPUNG SUNGAI KARANG DARAT, BESERAH, KUANTAN.

malam sebelum hari raya

mungkin menangisi berakhirnya bulan penuh keberkatan RAMADAN, hujan lebat turun mencurah-curah bermula jam lebih kurang 9.30 pm membawa sehingga awal pagi.

Sbb Terawih pun dah habis, aku habiskan masa di rumah untuk membuat persiapan akhir beraya (kemas rumah dan bakar sate) sblum tu KEBABOOOOOOOO, bakar mercun dulu.

AMARAN!!!!! BERMAIN MERCUN MERBAHAYA DAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG
*kalau setakat bunga api tu kira pejam mata la..but kepada anak-anak pastikan bermain di bawah pengawasan ibubapa....macam aku



intro of the story















sbb nak lepas gian, aku terpaksa memebelakangkan undang-undang seketika membeli mercun yang aku kira paling cikai dalam spisis bahan letupan ini..habis juga RM17 semata2 untuk dua ikat bunga api. 4 kotak kecil mercun mancis dan dua paket kecil mercun marjun.


Jadi sementara menunggu hujan reda bagi memulakan aktiviti membakar sate, aku dan anak-anak main mercun duluuuuuuu.


erlysa,sofea dan shahira sabar menunggu stok bunga api masing-masing


bermain bungai api bersama anak-anak


sengaja memilih bunga api sbb kurang merbahaya (bukan fakta tepat)


biarpun bukan mainan sesuai..anak-anak ternyata gembira
dapat bermain bunga api



menunggu saat mercun mancis meletup (peh gaya macam granade nak meletup)



dan hasil letupan kedengaran setakat pehhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!



anak tumpang sekali



just one time a year

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

geramnyeeeee II

29 September 2008

jam 7.10 pagi, aku bangun awal pagi ni, lepas mandi aku capai bekas makanan ikan untuk memberi makan ikan-ikanku di kolam depan rumah...

Masyaallah, 10 ikan koi aku yang bernilai antara RM50 hingga RM80 terapung dipermukaan air tidak bernyawa....sekali lagi aku bertempik memanggil isteriku yang masih lena dalam bilik.

ikan kesayangan yang dibela hampir setahun lalu telah meninggalkan aku buat selama-lamanya tanpa sempat menyambut aidifitri.

anak sulungku bangun tidur dan segera mendekati aku sambil berkata, "semalam abang eekkk(gelaran kepada sepupunya yang bisu" masuk air dalam botol tu ( sambil menunjukkan botol bekas minyak tanah yang sudah kosong **) berada di tepi kolam.

Allah, sah ikan-ikan aku dah keracunan minyak tanah...aku jadi geram lagi...sekali lagi pahala puasa ku tercalar dengan kalimat @#%^T^^**, (&^&^$%#@.

walau bagaimanapun semua ikan talapia masih servive (ikan ni lasak sikit), so keturunannya masih selamat walaupun berada dalam keadaan tercunggap-cunggap.

aku mula hilang semangat dengan kejadian menimpa..sebelum ke tempat kerja, satu arahan dikeluarkan kepada isteri supaya tukar air kolam dengan segera.

setelah beratus-ratus RM dikeluarkan, ini hasil yang aku dapat...mula hari itu aku mula cuak dengan budak-budak tu semua, pantang depan melintas depan rumah, aku akan kejar....sebenarnya aku nak tarik perhatian mak bapak budak beruk ni yang masih menjadi beruk kenyang tanpa sedikit rasa untuk bertanggungjawap.

sempat juga aku tangkap gambar kenang-kenangan
kolam ikan yang berada di hadapan rumah hilang keceriaan
selepas 10 ekor ikan koi yang menghuni dunia kecil ini mati
akibat kenakalan budak SETAN.
bergelimpangan- semua ikan yang mati dikeluarkan dari kolam
sebelum disemadikan
setiap seekor sudah mencecah harga antara RM50 hingga RM80
aku hilang semangat dan tidak bercadang untuk meleburkan wang
bagi mengantikan ikan koi kesayangan yang mati ini
rugi ooo, tapi sbb bulan puasa (ketika kejadian) aku hanya mampu bersabar

Eleh, buat muka tak bersalah, budak lelaki ni antara suspek yang
disyaki teerlibat dalam kejadin mencurah minyak tanah dalam kolam tu..
yang dua tu, anak aku dan mereka tidak terlibat dalam kejadian.

Tinggal kenangan- ikan kesayangan ku ketika dirakam semasa hayatnya masih dikandung badan

sama ada mangsa keadaan atau suratan takdir, aku terpaksa
menerima hakikat telah kehilangan ikan kesayangan yang ditatang
bak minyak penuh sejak sekian lama

pergimu tidak akan kembali lagi

SELAMAT TINGGAL .......

geramnyeeeee

12 September 2008

7.10 am, ketika aku sedang bersiap untuk ke pejabat, tiba-tiba Mak Tih yang sedang menunggu puteriku untuk ke sekolah menjerit 'Habis le kete baru kau nik...tengok ni!!! dah bercalar balar". Aku terkedu seketika,, dengan hati berdebar aku mendekati dan ketika itu juga lututku mengigil apabila melihat hasil kretiviti BUDAK SETAN mencalarkan MY PERSONA.

Bukan setakat garisan calar malah pintu belakang sebelah kiri siap dengan lakaran yang aku kira lukisan bunga,"SETAN PUNYA BUDAK,"aku bertempik kegeraman sambil mengosak MY PERSONA yang telah ternoda.

Panas hati makin bertambah apabila bonet depan, belakang serta bumper turut dihiasan seni lukisan tangan SI ANAK SETAN yang telah menjejaskan penampilan MY PERSONA yang baru dua minggu berada ditanganku.

Pagi yang hening itu telah meletupkan larva gunung berapi dalam jiwa ku dengan ungkapan @#$%^^ ,*&^%$%$$%,(*%%$$#, sekali gus pahala puasaku untuk hari itu juga turut terjejas.

Dengan berat hati aku menghidupkan enjin MY KANCIL untuk ke pejabat dengan perasaan penuh dendam kesumat dan perhitungan akan bersambung petang nanti dengan suspek yang bertanggungjawap.

Hasil siasatan awal, empat suspek dipercayai terlibat iaitu empat anak sepupu isteriku termasuk tiga adik beradik bisu....

Hari itu mood aku ditempat kerja berada di tahap kritikal namun pada masa yang sama bertanyakan kenkawan jika ada jalan untuk memulihkan dara MY PERSONA tanpa kos yang besar.

"Hayooo hensem, kalau ini macam aaaa, kasi polish pun sudah tarak boleh jalan, mau kena sembur...kata satu tauke kedai polish di tempat letak kereta East Cost mall bila aku bawa MY PERSONA untuk rawatan.

Kebetulan pulak beberapa hari lepas tu, kete tu di bawa ke Pusat Servise Proton Edar kat Semambu untuk Servis kali pertama, aku tanya kat budak di sana kalau-kalau ada solution untuk tutup sikit calar tu.

"Tak boleh buat apa bang...kalau dah cam ni kena cat balik, kalau empat panel ni, mau juga makan kos RM800,"kata budak tu. Aku mengaru kepala.

Sudah lah semua suspek tidak mengaku..yang mak bapak pulak buat dek je, langsung tak de rasa bersalah..ini yang aku bengang sangat.

Aku cuba usahakan sesuatu teremasuk mencari polish yang power seperti yang dicadangkan seorang budajk Cina kat kedai aksesori kete.

"Abang boleh guna paint marker atau cari polish jenama Turtle wax kaler hitam,"cadangnya.

Aku terus mencari namun habis serata cerukk kedai aksesori kat Kuantan ni aku redah namun tak de(kaler hitam habis).

So aku beli satu polish juga nama Turtle Wax dan cuba gunakan namun timbul masalah baru apabila polish yang aku sapu jadi susah tanggal kalau setakat sental dengan tangan....jadi kete aku dah jadi bertombok.....

aku gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Sunday, September 14, 2008

lepak2 hujung minggu dengan anak2

Rutin setiap cuti hujung minggu, kalau tak ada apa2 aku guna kelapangan yang ada bersantai bersama isteri dan anak2 di kawasan tumpuan ramai sekitar Kuantan.selain menghilangakan kebosanan melepak kat rumah hujung minggu, sesekali dapat keluar bersama keluarga ia cukup menghiburkan dan paling penting anak2 happy.

selalunya aku akan bawa sofea dan erlysha keluar main-main di Taman Gelora atau Taman Turuntum (mini zoo), walaupun saban minggu datang, anak-anak tetap happy.


sofea dalam aksi selambanya di Taman Telora




Adik pun tak kurang happynya

si comel yang aktif


erlysha bersama mamanya

selalunya lepas makan karipap panas kat taman gelora, taman teruntum menjadi lokasi kami seterusnya










































aku

aku
zaman sekolah