aku dan kenangan

Assalamualaikum teman-teman

kadang-kadang kita menunggu dan menghitung setiap detik untuk melangkah ke depan mencari sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan..

Langkah kita diatur setapak demi setapak dan ada
kalanya berlari pantas meninggalkan bekas lengkuk tanpa cuba untuk menoleh ke belakang atau berpatah kembali..

Selangkah kita melangkah, ada sesuatu
yang menunggu di depan.. ada kalanya di situ ada sesuatu yang kita impi dan harapkan..namun kadang-kadang kita lupa, setiap langkah yang sudah jauh ke depan, kita telah meningalkan sesuatu yang sebenarnya amat bermakna dan kita akan merinduinya di satu saat. paling pasti, ia akan menjadi memori indah yang akan dikenang dan tidak akan berulang.

Friday, September 12, 2008

sempoi punye kad raya

Posted by Picasa

Jalan Tasik Kenyir-Gua Musang

Kepada sape-sape yang belum lalu jalan Tasik Kenyir- Gua Musang, aku nak kongsi pengalaman sikit,perjalanan ikut jalan ni hanya memakan masa 4 jam dari Kuantan ke Gua Musang, jika dibanding jalan sedia ada memakan masa 8 hingga 9 jam. walaupun jalan ini belum siap sepenuhnya dan belum diwartakan (pengunaan di bawah risiko sendiri) , jalan ini memang best...tapi belum sampai tahan best giler babi!!!!!.

selain jaraknya memendekkan masa perjalanan, laluan ini juga mempunyai panorama semulajadi yang cukup menarik di mana laluan ini dibina menyusuri Tasik Kenyir yang terkenal dengan keindahan tasiknya. Boleh dikatakan pemandangannya cukup mengasyikkan..malah, ada sesetengah tempat, penguna jalan boleh berhenti dan menikmati keindahan tasik kenyir ditempat-tempat yang disediakan (kawasan ni dibina kaki lima yang lebar untuk memudahkan penguna jalan memberhentikan kenderaan...seperti dalam gambar yang aku paparkan di bawah tu).

selama pengalaman aku melalui jalan ini, masa yang sangat sesuai untuk menghayati keindahan alam sepanjang laluan ini antara pukul 10 hingga 11 pagi iaitu tempoh kabus mula hilang dan matahari belum panas terik lagi. kalau pagi sangat berkabus dan kalau panas sangat, silau.....
so kalau sape-sape nak rasa pengalaman ini, pastikan bertolak awal dari mana2 distinasi dan tiba di sini jam yang dimaksudkan.

Jalan ni dibina ikut Fasa yang merentasi dua negeri, Terengganu dan Kelantan(bahagian hulu)..dari simpang masuk ke tasik kenyir dengan jarak lebih kurang 15 km, jalannya agak sempit dan berliku(kira jalan kampung jugaklah ni)pastikan memandu dengan berhati-hati.

Dari pada simpang masuk ke Empangan dan pusat pelancongan Tsik kenyir, anda dihidangkan dengan jalan yang aku kira memang best, ...mungkin sebab jalan baru. Jalan ni agak berliku dan berbukit tapi setiap korner yang ada, dengan selamba aku layan lap dengan kelajuan 110 km/j malah bila syok sangat dalam 140 km/j aku layan juga...dan pengendalian kereta masih steady, maknanya selekohnya tidak terlalu tajam sangat.

ada tempat-tempat tu, laluannya memang berbukit tapi aku sukakan laluan sedemikian kerana boleh mengurangkan rasa mengantuk.

kalau lalu kat sini, boleh jumpa air terjun...boleh singgah untuk mandi atau buang air dan di kampung Tekila, Hulu Terengganu, ada sebuah santuari gajah yang boleh dikunjungi.

namun sebaik memasuki sempadan kelantan, fasa seterusnya jalan ini masih dalam pembinaan so jalannya tidak berapa baik dan terpaksa pula melalui laluan ladang bila memasuki kawasan FELDA Aring(tapi jalannya tidaklah teruk sangat).jaraknya lebih kurang 30km sebelum keluar ke Jalan Gua Musang- Kuala Krai dan anda boleh meneruskan ke distinisi yang dituju .

Amaran

  • Jalan ini belum diwartakan, risiko dibawah tanggungan sendiri
  • kalau boleh elak lalu pada waktu malam, jalan ni sunyi dan jarang dilalui (risiko binatang liar like gajah termasuk jin dan setan
  • Pstikan keadaan kereta tip top sebelum melaluinya, sbb kalau break down susah,talian telefon ko,
  • di sesetengah tempat sepanjang laluan berlaku jalan runtuh teruk (dalam pembaikkan) so berhati-hati.
walau apa pun aku sempat rakam gambar isteri dan anak-anak posing di salah satu tempat yang kira sesuai untuk nengok pemandangan tasik kenyir..gambar aku tak de la,




Santuari gajah Kampung Tekila, Hulu Terengganu

setiap kali balik kampung (kampung aku KESEDAR LEBIR 1, GUA MUSANG) melalui Jalan Tasik Kenyir- Gua Musang, aku sempat singgah di Santuari gajah Kampung Tekila, Hulu Terengganu, anak-anak nak tengok gajah..kat sini ada dua ekor gajah yang bernama Suria dan Chalil.ikut kata petugas di situ, suntuari gajah ni lebih besar berbanding kat Kuala Gandah apabila beropersi sepenuhnya nanti.

ini sebahagian foto ketika berada di situ.
maaf gambar aku tak ade sbb aku Photographernya.





kalau tak silap gajah yang kat belakang tu namanya Suria



sekitar percutian bersama keluarga di Kuala Lumpur dan Putrajaya

Semasa melawat adik aku menjalani pembedahan di hospital serdang akibat apendik, aku, isteri dan anak-anak sempat bercuti di kuala Lumpur dan Putrajaya selepas hampir setahun tidak menjengah di ibukota hampir setahun..sebelum menetap di Kuantan Jun 2007, aku tinggal di sini hampir 10 tahun.

selepas lawat adik di hospital, kami singgah di dataran merdeka, sebelum mencari hotel untuk menginap..



Selama berada di KL aku dan keluarga lepak di Guess House, Royal Commonwealth Club, Bukit Damansara.

bilik ditaja kawan baik, Mr. Francis Wu



untuk keselamatan, hanya aksi Sofea di dalam bilik sahaja yang lepas tapisan Lembaga penapisan gambar


sebab lama tak ke Putrajaya, alang-alang dah sampai, aku bawa keluarga jalan-jalan


aku, Erlysha dan Sofea


Erlysha bersama mamanya








control macho




sofea mogok sbb tak belikan mainan yang diminta, loc:depan kedai cenderamata
adik, tak kisah pun,

Thursday, September 11, 2008

DUNIA KITA DULU DAN HARI INI

Melemaskan, mungkin itu gambaran yang secara peribadinya aku lemparkan terhadap perkembangan semasa kehidupan hari ini yang aku dan kita amnya lalui. Sama ada rela atau terpaksa, peredaran dan putaran kehidupan ini tidak boleh disekat atau cuba diubah mengikut kemahuan sendiri....Masa kecik dahulu, maybe lewat tahun 1970-an, maksudkan zaman aku mula mengenal dunia, rata-rata masyarakat (Melayu) tergolong dalam kelompok miskin malah ada yang berstaus fakir tapi ketika itu Pak Su, Pak Ngah, Pak Long tak mengeluh...makan apa yang ada, pakai mana yang boleh menutup tubuh, tinggal di gebuk cukup untuk berteduh dari panas dan hujan walaupun dinding rumah sentiasa membuka peluang kepada mat skodeng (istilah baru) mengintai anak dara tidur yang mungkin tanpa sedar terselak kainnya.

Kata mak aku, ubi kayu rebus dimakan dengan kopi o sungguh sedap tambah-tambah jika hari hujan. Kata ayah, selesa tidur bertilamkan lantai daripada lena di atas lembek (tilam) empuk dan macam-macam lagi sekali gus mengambarkan keperluan ala kadar masyarakat ketika itu.

Hidup miskin, anak ramai, duit tak de malah hampir 99.9 peratus kemajuan yang ada kini tak pernah aku rasai semasa zaman era 80-an dulu. namun dalam kedaifan dan serba kekurangan, orang dulu masih mampu membesarkan anak-anak, bukan seorang dua tapi ada sampai berbelas-belas mat dan mek(anak la tu).

Ada mereka mengeluh atau merintih meminta simpati? Mungkin ada, itu tidak dinafikan. mereka tak kisah sebabnya orang dulu tak demand, keperluan mereka sekadar untuk hidup dan bukan untuk senang.

Ingat lagi, aku dilahirkan di atas sebuah rumah bertiangkan kayu bulat, berlantai papan dicampur belahan batang pinang, beratap nipah dan tidak berbilik mahupun bilik air.Kalau kini keadaan 'banglow' kami itu lebih daif dari rumah setinggan di Pantai Dalam beberapa tahun lalu.

Tapi itu sudah memadai, apa kisah kalau tidur berselerakan di rumah ibu atau di muka pintu tanpa tilam dan selimut..lena tetap lena, apa kisah kalau banyak nyamuk, boleh bakar sabut kelapa di bawah rumah, apa kisah kalau tak de lampu tidur, cahaya bulan menerjah masuk di celah atap, apa kisah kalau kesejukkan, tak perlu selimut cukup sekadar berpelukkan dengan adik beradik yang tidur berkaparan, apa kisah kalau tiada jam loceng, kokokan ayam jantan dan laungan bilal di balaisah(madrasah) boleh mengejutkan kami dari tidur...semua kami tak kisah malah zaman itu waktu tidur mungkin 10 hingga 12 jam bermula lepas isyak hingga subuh...semua orang mampu tidur kecuali jika ada keluarga batuk kering (ada lah gangguan).

Daripada untuk hidup, roda kehidupan terus bergerak dari langkahan demi langkahan tahun dan seterusnya terpaksa memecut laju yang akhirnya ramai yang tersungkur. Dari tahun ke setahun keperluan dan tekanan kehidupan mula berubah. Tiada lagi zaman untuk hidup..Kerajaan ada wawasan, ada misi, visi, perancangan membawa negara ke mercu dunia, negara kecil yang baru merdeka tahun 1957 dibangunkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi (pertanian, pembuatan, perkilangan, perkhidmatan) dan macam-macam lagi) dan sejak dua puluh tahun kebelakangan ini, negara kita mampu bersaing dan dikenali.

Negara kita maju namun siapa tahu dek kerana kemajuan itu ada sesetengah daripada kita terjerat dalam pembangunan dan tekanan kehidupan yang terlalu mencabar.

2008....paling getir dan aku semakin sesak.........

kini ramai yang mengeluh untuk menempuhi kehidupan seharian (jangan kira mereka yang ada duit berkepuk di bank) tapi kira mereka yang mempunyai hutang berkepuk dengan bank,

ada anak satu atau dua, paling ramai 5, tapi jenuh nak besarkan mereka..mana duit nak beli pampers, susu, kos rawatan kalau ada sakit deman, nuseri dan sebagainya. pampers paling murah RM0.60 sekeping...untuk berak kencing, susu, paling koman pun RM20 ke atas,

bila dah bersekolah lagi le....tak payah nak cerita semua tahu dan laluinya.

Setakat ini aku masih mampu servive...tapi ramai sahabat2 terutama yang tinggal di KL mula gelisah, nak beli rumah tak mampu (ada yang tak layak sebab dah banyak sangat hutang dan komitmen) nak menyewa, rumah flat dua bilik pun cecah RM600.nak lepak kat sting garden, semua dah clear. nak dok merempat kena angkut JKM atau DBKL, so nak tak nak terpaksa lah bertahan selagi termapu, kalau dah angkat bendera putih, berbondong-bondong balik kampung atau mencuba nasib di bandar-bandar kecil.

Itu hakikat kini, pilihan banyak namun jarang yang memihak kepada kelompok yang terpinggir dari arus kemajuan.

Masa mula kerja dulu aku mula planinng dengan jagi permulaan kerja sebagai wartawan RM1025 (besar tu) aku target lepas lima tahun aku boleh kahwin, beli kereta dan rumah..allhamdulillah lepas tiga tahun gaji naik kepada hampir RM3,000...dalam kepala mungkin dalam tempoh dua hingga 5 tahun lagi life aku akan suksess.

Ya mungkin ada planning aku tu tercapai, dapat beli kereta dan berkahwin, gaji semakin naik namun ia tidak membawa sebarang erti yang boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.setiap sen yang naik disusuli dengan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan dan yang jelas nisbah nilai pendapatan setiap bulan semakin kecil...

aku masih mampu bertahan, belum kebulur, hutang-hutang bank masih mampu dibayar setiap bulan.

namun dengan kedudukan kewangan kiri diparas dagu, kehidupan kini semakin tercabar dengan berita kenaikkan harga minyak yang melonjak sehingga RM0.70 daripada RM1.90 kepada RM2.70. parah, namun aku masih mampu bertahan untuk memandu sebuah kancil dan sebuah wira.

dikala aku terus bertahan, mula ada kepincangan dalam pengurusan kewangan keluarga dan formulanya 'gali lobang tutup lobang'.

namun itu rentak yang terpaksa kita lalu untuk hidup dalam era kini, namun segalanya ditentukan Ilahi.


ps: semalam aku bermimpi harga minyak hanya RM0.25 sen

blink blink

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]

Monday, September 8, 2008

dunia kecil dilamanku

24 Ogos 2008 - 2.40 pm-5.20 pm : aku tension sangat tengok air kolam ikan kesayangan depan rumah dah keruh kehijauan selepas hampir empat bulan tak bertukar, so aku gunakan kesempatan cuti hujung minggu ni untuk bersihkannya.
Yang bestnya ramai sangat pembantu..sofea, erlysha (my daughter) safik, adam, sahira, haziq, (anak sepupu)..bukan tolong bersih tapi tolong menyibuk....
selepas dibersihkan, inilah wajah kolam yang yang menjadi habitat kepada;
8 ekor ikan koi
4 ekor patin
12 ekor ikan talapia merah
3 ekor ikan talapia hitam
5 ekor ikan sepat
1 ekor ikan lampan
2 ekor udang galah
1 ekor ikan keli
5 ekor anak ikan flower horn
dan beberapa spiesis ikan kecil
"kolam ini akan dibina pondok khas tak lama lagi dan dilengkapi uv light untuk memastikan airnya sentiasa jernih,"


kos pembinaan kolam yang disiapkan Februari 2008 ini mencecah RM2,000 termasuk sistem penapisan dan anak-anak ikan.


biarpun ringkas, di sini lah tempat aku mencari ketenangan... suka sangat tengok ikan bebas berenang.


cadang nak tambah anak ikan lagi


tumbuhan di sekeliling masih belum sempurna..aku tiada idea
aku suka tumbuhan hijau berdaun tapi my wife suka pokok bunga, colouring sikit katanya.

MY LOVE


my wife, zurina zuldin(zureen)
Asisten manager Cosmopoint Collage, Kuantan Branch


My dauther; Nik Zarith Sofea (4 year)


Nik Zarith Erlysha (2 year)

MR.NIK

Posted by Picasa
assalamualaikum
kadang-kadang aku bertanya kepada diri, di mana kawan-kawan lama yang pernah aku kenali? malah terdetik juga dihati, adakah mereka masih mengingati aku seperti aku mengingati mereka...ingat...namun di mana mereka...untuk aku cari dan hubungi.
ingat wei ko gu-gu lamo, to'bak pon...setiap hari akan ada kawan baru namun aku sentiasa ingat suatu ketika aku juga ada kawan(gu) yang [ernah menempuhi kehidupan bersama.
WHERE ARE U MY FRIEND?

MY CARS

TEAM 6832

PERSONA 1.6 (A) VS KANCIL EX850 (M)





Posted by Picasa

MY KANCIL EX 850(M)

Posted by Picasa

MY PERSONA



















Posted by Picasa

Boling TM vs Kelab Media Pahang di Premium Lane, Kuantan Plaza


terus terang nak cakap aku ni bukan tergolong dalam kelompok org minat bersukan..tapi lepas terjun dlm bidang kewartawanan akhbar ni, terpaksalah berjinak-jinak dgn sukan termasuk boling.
seingat aku masa kat KL ada la beberapa kali member ajak main..rasanya dua atau tiga tahun lepas..kemudian bersara sehinggalah sambung kembali bila balik ke Kuantan.
tak teror dan bukan juga terlalu hampeh...sekali sekala masuk longkang tapi tak kurang juga yang strike...so bila ada tournument terutama membabitkan kelab media pahang, aku tidak terkecuali untuk menyertainya dengan ranking yg ke-10 tercorot.
bagaimanapun dalam pelawanan boling anjuran TM baru-baru ni, team kita orang dapat nombor 3 sbb semua anggotab team power2 kecuali aku yang ......................




team aku Line 11







sekadar suka2....
Posted by Picasa

aku

aku
zaman sekolah