"Allahuakhbar," itu respon pertama aku apabila ada ibubapa mempertikaikan usaha pihak sekolah memaparkan video berhubung alam kubur bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang azab siksa akibat tidak bersembahyang.
Aku terfikir adakah ibu dan bapa pelajar (yang muncul dalam Buletin Utama baru-baru ini) tidak mahu anak-anaknya rajin bersembahyang atau ada cara lain yang lebih baik untuk membawa anak-anak bersujud menyembah Allah yang Esa? Mungkin ada, namun sejauh mana keberkesanannya dan apakah cara (yang difikirkan terbaik itu) benar-benar berkesan?.
Dalam soal ini aku percaya pemahaman setiap individu berbeza namun bila memperkatakan tentang mendidik anak bersembahyang, sebagai ibubapa kita perlu sedar akan tanggungjawap masing-masing membawa anak-anak ke jalan sebenar sebagai Umat Islam..
Mendidik anak menjadi muslim bukan ada tempoh waktunya atau boleh ditangguhkan hingga anak itu berada pada usia tertentu..selepas bayi dilahirkan disusuli dengan azan(anak lelaki) dan Qamah bagi bayi perempuan, tujuannya supaya permulaan kehidupan bayi itu disambut dengan kelimat suci sekali gus tanda mereka lahir dalam kelompok umat Islam.
Itu pendidikan pertama yang diberikan walaupun secara tidak langsung. Bermula dari situ peranan ibu bapa dituntut membimbing anak-anak ini menjadi seorang muslim secara melalui didikan secara berperingkat.
Berbalik kepada isu penayangan video kematian di sekolah...aku bertanya kepada diriku sendiri. Hari ini berapa banyak paparan di televisyen atau sebarang paparan yang boleh menjadi iktibar atau menimbulkan keinsafan kepada generasi muda untuk mendekati Allah di atas tikar sembahyang?
Kalau ada satu yang diusahakan oleh pihak sekolah untuk satu tujuan yang murni, ada pula ibu bapa yang mempertikaikannya dengan pelbagai alasan yang mengambarkan ibubapa itu sendiri tidak serius mendidik anaknya menjadi muslim sejati. Di mana silapnya atau ini sudah menjadi lumrah dalam dunia moden hari ini (tiada paksaan). Satu demi satu kenyataan tokoh tertentu dipaparkan di akhbar-akhbar, ada yang tidak berstuju malah tidak kurang yang menyokong penayangan itu diberhentikan. Pandang berhubung isu ini tidak dinafikan terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai baik buruknya tapi...
Kenapa kita tidak mempersoalkan Akademi Fantasia yang kononnya melahirkan artis terkenal diminati ramai ? Artis (ada pendapat kata pekerjaan ini haram), tapi tiap-tiap hari pasti ada pihak yang terus berjuang melahirkan bakat baru dalam bidang nyanyia sekali gus menjadi idola kepada muda mudi hingga mereka terlalai untuk mengingati tuhannya..
Tak cukup dengan Malaysia Idol, Gang Starz, Mentor,Bintang RTM bagi golongan remaja hingga bangka, anak-anak kecil yang terlalu mentah dalam rencah kehidupan turut ditarik dalam dunia melalaikan termasuk Bintang Kecil dan beberapa program realiti untuk mencungkil bakat si cilik ini. Berdasarkan senario demikian aku percaya lebih 60 peratus ibubapa hari ini lebih suka anak-anak menjadi artis daripada menjadi ustaz, tafiz atau insan yang berpegang kepada ajaran agama....Nauzubillah.
Aku mengurut dada melihat beberapa rancangan kanak-kanak yang diterbitkan sebuah syarikat televisyen berbayar, anak-anak dipakaikan pakaian yang aku kira tidak sesuai dengan usia mereka (dengan izin ibu bapa aku kira) dan melayan telatah pengacara popular (macam sotong liat) dengan satu dua soalan yang langsung tidak sesuai kepada kanak-kanak...ada tanya, dah ada makwe, pak we dan macam-macam...
Lepas tu mak bapak yang kononnya bangga dengan bakat nyanyian anak-anak membenarkan mereka menyanyi dengan lagu-lagu orang dewasa sehingga filling habis...bangga anak ada harapan jadi artis......
Video alam kematian dibantah tapi klip video karoke aku kira ada ibu bapa sanggup membelinya untuk memberi pendedahan kepada anak-anak mereka bidang nyanyian dan mak bapak tumpang sekaki berkaroke sebagai tanda sokongan kepada minat anak-anak....Allahuakhbar.
Anak tak mahu sembahyang tak apa...mereka kecik lagi....tak boleh tengok video alam kubur menakutkan, tak sesuai dengan usia yang masih mentah dan bermacam alasan.
Ada baiknya kita renung pepatah ini, kalau hendak melentur buluh biar dari rebungnya...Bermaksudnya kalau dah jadi batang buluh baru nak dilentur, silap hari bulan terbidas ke muka mak bapak yang terkial-kial mengajar anak-anak mengenal tuhan (malah mereka sendiri mungkin sudah jauh dengan tuhan)
Bila tiada didikan agama di peringkat awal, anak akan membesar dalam persekitaran yang melalaikan (terlalu banyak hiburan) makan jangan salahkan orang lain tapi tanya diri sendiri kenapa anak aku jadi bohsia, bohjan, mat rempit, pemabuk, black metal, lari dari rumah, main jantan atau betina, murtad, dan sebarang masalah sosial yang menjauhkan mereka dengan ajaran agama Islam.
Kerajaan juga dipertanggungjawapkan kerana terlalu tunduk dengan sedikit desakan sehingga mematahkan semangat para pendidik untuk membimbing anak-anak hari ini ke jalan yang diredhai Allah.
p/s...dunia akhir zaman
1 comment:
Hidup Pok nik! Tok wokey kolo balah.
Post a Comment