aku dan kenangan

Assalamualaikum teman-teman

kadang-kadang kita menunggu dan menghitung setiap detik untuk melangkah ke depan mencari sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan..

Langkah kita diatur setapak demi setapak dan ada
kalanya berlari pantas meninggalkan bekas lengkuk tanpa cuba untuk menoleh ke belakang atau berpatah kembali..

Selangkah kita melangkah, ada sesuatu
yang menunggu di depan.. ada kalanya di situ ada sesuatu yang kita impi dan harapkan..namun kadang-kadang kita lupa, setiap langkah yang sudah jauh ke depan, kita telah meningalkan sesuatu yang sebenarnya amat bermakna dan kita akan merinduinya di satu saat. paling pasti, ia akan menjadi memori indah yang akan dikenang dan tidak akan berulang.

Thursday, September 11, 2008

DUNIA KITA DULU DAN HARI INI

Melemaskan, mungkin itu gambaran yang secara peribadinya aku lemparkan terhadap perkembangan semasa kehidupan hari ini yang aku dan kita amnya lalui. Sama ada rela atau terpaksa, peredaran dan putaran kehidupan ini tidak boleh disekat atau cuba diubah mengikut kemahuan sendiri....Masa kecik dahulu, maybe lewat tahun 1970-an, maksudkan zaman aku mula mengenal dunia, rata-rata masyarakat (Melayu) tergolong dalam kelompok miskin malah ada yang berstaus fakir tapi ketika itu Pak Su, Pak Ngah, Pak Long tak mengeluh...makan apa yang ada, pakai mana yang boleh menutup tubuh, tinggal di gebuk cukup untuk berteduh dari panas dan hujan walaupun dinding rumah sentiasa membuka peluang kepada mat skodeng (istilah baru) mengintai anak dara tidur yang mungkin tanpa sedar terselak kainnya.

Kata mak aku, ubi kayu rebus dimakan dengan kopi o sungguh sedap tambah-tambah jika hari hujan. Kata ayah, selesa tidur bertilamkan lantai daripada lena di atas lembek (tilam) empuk dan macam-macam lagi sekali gus mengambarkan keperluan ala kadar masyarakat ketika itu.

Hidup miskin, anak ramai, duit tak de malah hampir 99.9 peratus kemajuan yang ada kini tak pernah aku rasai semasa zaman era 80-an dulu. namun dalam kedaifan dan serba kekurangan, orang dulu masih mampu membesarkan anak-anak, bukan seorang dua tapi ada sampai berbelas-belas mat dan mek(anak la tu).

Ada mereka mengeluh atau merintih meminta simpati? Mungkin ada, itu tidak dinafikan. mereka tak kisah sebabnya orang dulu tak demand, keperluan mereka sekadar untuk hidup dan bukan untuk senang.

Ingat lagi, aku dilahirkan di atas sebuah rumah bertiangkan kayu bulat, berlantai papan dicampur belahan batang pinang, beratap nipah dan tidak berbilik mahupun bilik air.Kalau kini keadaan 'banglow' kami itu lebih daif dari rumah setinggan di Pantai Dalam beberapa tahun lalu.

Tapi itu sudah memadai, apa kisah kalau tidur berselerakan di rumah ibu atau di muka pintu tanpa tilam dan selimut..lena tetap lena, apa kisah kalau banyak nyamuk, boleh bakar sabut kelapa di bawah rumah, apa kisah kalau tak de lampu tidur, cahaya bulan menerjah masuk di celah atap, apa kisah kalau kesejukkan, tak perlu selimut cukup sekadar berpelukkan dengan adik beradik yang tidur berkaparan, apa kisah kalau tiada jam loceng, kokokan ayam jantan dan laungan bilal di balaisah(madrasah) boleh mengejutkan kami dari tidur...semua kami tak kisah malah zaman itu waktu tidur mungkin 10 hingga 12 jam bermula lepas isyak hingga subuh...semua orang mampu tidur kecuali jika ada keluarga batuk kering (ada lah gangguan).

Daripada untuk hidup, roda kehidupan terus bergerak dari langkahan demi langkahan tahun dan seterusnya terpaksa memecut laju yang akhirnya ramai yang tersungkur. Dari tahun ke setahun keperluan dan tekanan kehidupan mula berubah. Tiada lagi zaman untuk hidup..Kerajaan ada wawasan, ada misi, visi, perancangan membawa negara ke mercu dunia, negara kecil yang baru merdeka tahun 1957 dibangunkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi (pertanian, pembuatan, perkilangan, perkhidmatan) dan macam-macam lagi) dan sejak dua puluh tahun kebelakangan ini, negara kita mampu bersaing dan dikenali.

Negara kita maju namun siapa tahu dek kerana kemajuan itu ada sesetengah daripada kita terjerat dalam pembangunan dan tekanan kehidupan yang terlalu mencabar.

2008....paling getir dan aku semakin sesak.........

kini ramai yang mengeluh untuk menempuhi kehidupan seharian (jangan kira mereka yang ada duit berkepuk di bank) tapi kira mereka yang mempunyai hutang berkepuk dengan bank,

ada anak satu atau dua, paling ramai 5, tapi jenuh nak besarkan mereka..mana duit nak beli pampers, susu, kos rawatan kalau ada sakit deman, nuseri dan sebagainya. pampers paling murah RM0.60 sekeping...untuk berak kencing, susu, paling koman pun RM20 ke atas,

bila dah bersekolah lagi le....tak payah nak cerita semua tahu dan laluinya.

Setakat ini aku masih mampu servive...tapi ramai sahabat2 terutama yang tinggal di KL mula gelisah, nak beli rumah tak mampu (ada yang tak layak sebab dah banyak sangat hutang dan komitmen) nak menyewa, rumah flat dua bilik pun cecah RM600.nak lepak kat sting garden, semua dah clear. nak dok merempat kena angkut JKM atau DBKL, so nak tak nak terpaksa lah bertahan selagi termapu, kalau dah angkat bendera putih, berbondong-bondong balik kampung atau mencuba nasib di bandar-bandar kecil.

Itu hakikat kini, pilihan banyak namun jarang yang memihak kepada kelompok yang terpinggir dari arus kemajuan.

Masa mula kerja dulu aku mula planinng dengan jagi permulaan kerja sebagai wartawan RM1025 (besar tu) aku target lepas lima tahun aku boleh kahwin, beli kereta dan rumah..allhamdulillah lepas tiga tahun gaji naik kepada hampir RM3,000...dalam kepala mungkin dalam tempoh dua hingga 5 tahun lagi life aku akan suksess.

Ya mungkin ada planning aku tu tercapai, dapat beli kereta dan berkahwin, gaji semakin naik namun ia tidak membawa sebarang erti yang boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.setiap sen yang naik disusuli dengan kenaikkan harga barang dan perkhidmatan dan yang jelas nisbah nilai pendapatan setiap bulan semakin kecil...

aku masih mampu bertahan, belum kebulur, hutang-hutang bank masih mampu dibayar setiap bulan.

namun dengan kedudukan kewangan kiri diparas dagu, kehidupan kini semakin tercabar dengan berita kenaikkan harga minyak yang melonjak sehingga RM0.70 daripada RM1.90 kepada RM2.70. parah, namun aku masih mampu bertahan untuk memandu sebuah kancil dan sebuah wira.

dikala aku terus bertahan, mula ada kepincangan dalam pengurusan kewangan keluarga dan formulanya 'gali lobang tutup lobang'.

namun itu rentak yang terpaksa kita lalu untuk hidup dalam era kini, namun segalanya ditentukan Ilahi.


ps: semalam aku bermimpi harga minyak hanya RM0.25 sen

No comments:

aku

aku
zaman sekolah