aku dan kenangan

Assalamualaikum teman-teman

kadang-kadang kita menunggu dan menghitung setiap detik untuk melangkah ke depan mencari sesuatu yang bermakna
dalam kehidupan..

Langkah kita diatur setapak demi setapak dan ada
kalanya berlari pantas meninggalkan bekas lengkuk tanpa cuba untuk menoleh ke belakang atau berpatah kembali..

Selangkah kita melangkah, ada sesuatu
yang menunggu di depan.. ada kalanya di situ ada sesuatu yang kita impi dan harapkan..namun kadang-kadang kita lupa, setiap langkah yang sudah jauh ke depan, kita telah meningalkan sesuatu yang sebenarnya amat bermakna dan kita akan merinduinya di satu saat. paling pasti, ia akan menjadi memori indah yang akan dikenang dan tidak akan berulang.

Monday, September 8, 2008

dunia kecil dilamanku

24 Ogos 2008 - 2.40 pm-5.20 pm : aku tension sangat tengok air kolam ikan kesayangan depan rumah dah keruh kehijauan selepas hampir empat bulan tak bertukar, so aku gunakan kesempatan cuti hujung minggu ni untuk bersihkannya.
Yang bestnya ramai sangat pembantu..sofea, erlysha (my daughter) safik, adam, sahira, haziq, (anak sepupu)..bukan tolong bersih tapi tolong menyibuk....
selepas dibersihkan, inilah wajah kolam yang yang menjadi habitat kepada;
8 ekor ikan koi
4 ekor patin
12 ekor ikan talapia merah
3 ekor ikan talapia hitam
5 ekor ikan sepat
1 ekor ikan lampan
2 ekor udang galah
1 ekor ikan keli
5 ekor anak ikan flower horn
dan beberapa spiesis ikan kecil
"kolam ini akan dibina pondok khas tak lama lagi dan dilengkapi uv light untuk memastikan airnya sentiasa jernih,"


kos pembinaan kolam yang disiapkan Februari 2008 ini mencecah RM2,000 termasuk sistem penapisan dan anak-anak ikan.


biarpun ringkas, di sini lah tempat aku mencari ketenangan... suka sangat tengok ikan bebas berenang.


cadang nak tambah anak ikan lagi


tumbuhan di sekeliling masih belum sempurna..aku tiada idea
aku suka tumbuhan hijau berdaun tapi my wife suka pokok bunga, colouring sikit katanya.

No comments:

aku

aku
zaman sekolah